Posts

BERAS CUKUP TAPI PN MASIH LAPAR?

Image
Naratif di media sosial oleh operator PN minggu ini adalah tentang bekalan beras. Walaun berbayar mula mencetus gusar dalam kalangan rakyat dengan tohmahan kononnya bekalan beras tidak mencukupi. Seperti kelaziman, dengar boleh, percaya jangan. Pandu ke 99 Speedmart, Giant atau mana-mana pasar raya berhampiran. Lihat sendiri dengan mata anda timbunan beras yang tersusun di sana. Kalau tidak mahu meninjau, penulisan ini akan menenangkan kegusaran anda. Iqra! Mulai 27 Julai lalu, pengeksport beras utama dunia, India telah menghentikan eksport beras putih bukan basmati bagi menampung keperluan domestik. Ini asas walaun untuk menimbulkan rasa takut tentang ketirisan bekalan beras. Walhal, Malaysia hanya mengimport beras basmati dari India. Beras putih masih didapatkan dari Thailand dan Vietnam. Jadi, jangan takut. Bekalan beras putih masih ada. Walaubagaimanapun, ketidakstabilan harga beras putih di Vietnam dan Thailand tetap perlu dipertimbangkan Kerajaan. Sekali lagi, usah khuatir. Keraj...

SELAMAT TINGGAL BULAN 8

Image
“Tukar Kerajaan bulan 8, soalan saya nombor 8.” “Bulan 8, bye bye!” Kedua-dua ini adalah kenyataan bulat-bulat dari Ahli Parlimen PN, Marzuk Shaary dan Shahidan Kassim di Dewan Rakyat. Ini bukan kenyataan yang disunting atau diolah. Ini diambil terus daripada hansard Parlimen. Semalam bulan 8 telah melabuhkan tirainya. Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih di Perdana Putra. Kerajaan Perpaduan kekal stabil dengan sokongan dua pertiga. Soalnya, bila Muhyiddin Yassin mahu mengangkat sumpah? Adakah jumloh yang doh cukup seperti yang dilafazkan Haji Hadi masih belum mencukupi? Hakikat yang kita perlu sedar, persepsi bahawa Kerajaan Perpaduan akan ditumbangkan pada bulan 8 hanyalah propaganda jahat yang mahu meyakinkan anda kononnya Kerajaan sedia ada tidak stabil. Ini satu bentuk sabotaj. Hal seumpama ini juga boleh menjejaskan keyakinan pelabur. Perkara ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri semasa program Temu Anwar di USIM pada bulan Jun lalu. Sedari awal, kempen berbayar di media sosial mula ...

AKHIRNYA, DAP YANG PERTAHANKAN MODUL HADIS 40

Image
Apabila Kementerian Pendidikan melancarkan program rintis Modul Hadis 40 Imam Nawawi, respon warganet bercampur-baur. Ramai yang bersetuju, tidak kurang juga yang membantah. Rata-rata yang membantah bimbang akan nasib anak-anak bukan Islam yang kononnya akan dipaksa untuk mengambil subjek tersebut. Suara bantahan paling lantang sudah tentu datangnya dari Gerakan, sahabat PAS dalam Perikatan Nasional. Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan modul ini. Dia cuba menakut-nakutkan masyarakat kaum Cina bahawa subjek ini akan turut diperluas kepada pelajar bukan Islam. Kenyataan ini jelas salah dan bercanggah. Namun, mereka tidak hirau tentang kebenaran. Bibit-bibit ketakutan telah berjaya ditanam sedikit demi sedikit. Pemimpin PAS pula berdiam diri terhadap kenyataan Tong Keong. Mujur Timbalan Menteri Pendidikan daripada DAP tampil memberikan penjelasan. Lim Hui Ying memaklumkan bahawa modul ini hanya akan diajar kepada pelajar yang beragama Islam oleh...

PN BERANTAKAN: PAS KAWASAN SABOTAJ CALON BERSATU DUN JITRA PROF HAIM HILMAN

Image
Puak walaun PAS dah tak senang duduk dengan populariti Prof Haim Hilman calon Bersatu DUN Jitra yang dah bertiup bakal jadi MB jika Sanusi sangkut kes Mahkamah. Sanusi pun tahu dia akan dilucutkan jawatan Menteri Besar lagi setahun. Sanusi tak senang duduk dengan kehadiran Prof Haim Hilman yang juga kaki menangis menitik air mata dalam siri kempennya. Sanusi memang kaki menitik air mata nak meraih simpati rakyat. Prof Haim Hilman juga kaki menitik air mata dalam siri ceramahnya. Pantang sedih sikit, terus menitik air mata. Harap Prof Haim Hilman bersedia hadapi sabotaj dalaman puak walaun PAS kepada beliau. PAS jenis tak boleh orang lain lebih sikit, mula lah mereka nak sakit hati. Sekian.

APA NASIB RAKYAT NEGERI KEDAH JIKA PN MENANG DI KEDAH?

Image
Menang sorak, ekonomi negeri bakal tergadai. Mungkin itulah nasib yang bakal menimpa rakyat negeri Kedah jika PN yang didominasi PAS menang di Kedah. Dengan gaya kepimpinan Sanusi yang mahu ajak bergaduh dengan semua pemimpin di Putrajaya, maka banyak projek pembangunan Kerajaan Pusat akan sukar dilaksanakan di Kedah. Bukan kerana Kerajaan Perpaduan di Putrajaya mahu anak tirikan negeri Kedah. Tidak. Tetapi bagaimana Kerajaan Persekutuan nak berurusan dengan seorang Menteri Besar yang tidak ada ilmu untuk mengurus pentadbiran negeri Kedah. Bagi yang fasih hal pentadbiran Kerajaan, kita akan tahu ilmu pentadbiran Sanusi ini bertaraf Ahli Majlis PBT sahaja. Jauh sekali untuk jadi seorang Menteri Besar. Dia jadi Menteri Besar kerana lawak bodohnya yang menghiburkan. Lawak bodohnya juga akan menyedarkan rakyat Kedah lagi 5 tahuna bahawa jangan sesekali memberi kuasa kepada orang yang bukan ahlinya. Bukan PAS tidak pernah tumbang di Kedah. Dahulu PAS pernah memerintah Kedah satu penggal. Ap...

SANUSI AKAN JADI MENTERI BESAR KEDAH UNTUK SETAHUN SAJA

Image
3 Ogos 2023 Sanusi mendabik dada mengatakan akan sapu bersih Kedah 36-0. Bongkak dan angkuh. Bongkaknya Sanusi dalam siri ceramah mahu halau pemimpin politik lain dari bumi Kedah. Katanya dia tak hadap pun kepada pemimpin di Putrajaya. Kedah boleh membangun sendiri dengan idea beliau yang hakikatnya gagal untuk beliau lakukan selama jadi Menteri Besar. Hasil pentadbiran beliau di Kedah yang diketahui umum adalah mencuri nadir bumi. Tidak mengapalah. Kelak Sanusi akan tahu sikap sombong tak tentu arahnya akan menjahanamkan negeri Kedah dan dirinya sendiri. Mungkin dah jadi rezeki calon DUN Jitra Prof Haim Hilman untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Kedah dari Sanusi tahun depan. Terkejut? Jangan terkejut. Sanusi sedang berhadapan dengan banyak kes Mahkamah. Kes Akta Hasutan bakal sangkut. Tidak ada apa yang mengejutkan jika Sanusi didapati bersalah dalam kes Akta Hasutan. Sanusi bakal didapati bersalah tahun depan, paling lewat mungkin pada awal tahun 2025. Maka dengan automatikny...

BARANG ORDER RUU, BARANG SAMPAI REE

Image
Laungan RUU 355 sudah sekian lama dikumandangkan pemimpin PAS dan kultus mereka. RUU 355 merujuk kepada cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) yang diusulkan Hadi Awang di Persidangan Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 dengan alasan bagi meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah. 34 tahun lalu merupakan kali terakhir akta ini berjaya dipinda. 33 bulan PAS menghuni Putrajaya sebagai Kerajaan pula menyaksikan akta ini gagal dipinda. Kegagalan PAS melunaskan cadangan ini tidak sama sekali mengalang mereka untuk menjadikannya sebagai modal politik. Yang gagal itu PAS. Yang disalahkan pula DAP dan sekutu. Kata mereka, tindakan menentang pindaan RUU 355 adalah didasari islamofobia dan kebencian paling dalam terhadap institusi Islam. Walhal sewaktu menguasai Kerajaan, cadangan pindaan ini sekadar kekal di atas kertas dan di hujung bibir penyokong mereka. Sekurang-kurangnya, Kerajaan Perpaduan cuba untuk membawa perkara ini ke Kabinet untuk kep...