Posts

Showing posts from June, 2023

CEDERA SEBELUM PERANG

Image
Semboyan sudah berbunyi. Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sudah mengumumkan tarikh pembubaran DUN. Terengganu dijangka bakal turut serta dalam senarai tersebut dalam masa terdekat. PRN 2023 adalah perang besar selepas PRU-15. Pilihan raya yang lalu menyaksikan persaingan sengit antara PH dan PN. Tiada parti yang mampu membentuk majoriti mudah. Hal ini menjadikan PRN 2023 maha penting. Bagi PH dan BN, mereka mahu membuktikan bahawa rakyat menerima jenama ‘Kerajaan Perpaduan’. Bagi PN, mereka masih mahu membadai Malaysia dengan gelombang hijau. Namun lewat ini, PN semakin hanyut dibawa krisis dalaman parti. Saban hari, ada sahaja khabar tentang rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Dalam Bersatu sendiri, Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin dikatakan bertegang urat. Hamzah sedang mengumpul kekuatan bersama beberapa pemimpin kanan parti seperti Saifuddin Abdullah untuk melawan Muhyiddin yang dikatakan terlalu mengutamakan Azmin Ali. Muhyiddin pula diperca...

MUDA ATAU KUDA?

Image
Ada persamaan di antara parti MUDA dan seekor kuda. Kedua-duanya adalah tunggangan. Kedua-duanya juga bisa dijinakkan. Bagi MUDA, yang menunggang dan menjinakkan mereka adalah Tun Mahathir. Bagi kuda pula, sesiapa sahaja boleh menunggang dan menjinakkan mereka. Itu bezanya. Ramai yang percaya bahawa MUDA adalah kuda trojan yang dihantar Tun untuk menyelinap ke dalam Pakatan Harapan. Sama ada dakwaan itu benar atau tidak, tiada siapa yang punya jawapan kecuali Tuan Presiden MUDA sendiri. Namun tindak-tanduk MUDA kebelakangan ini seolah mengiyakan khabar tersebut. Sebaik Anwar Ibrahim membentuk Kerajaan Perpaduan, MUDA semakin menunjukkan belang sebenar. Saban minggu, ada sahaja keputusan Kerajaan yang dipersoal MUDA. Mereka seolah dalam misi untuk menjejaskan kestabilan kerajaan. Bermula dengan isu undangan ke Sekretriat Kerajaan Perpaduan dan diikuti dengan permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan. Sedangkan, isu ini boleh sahaja dibincang secara dalaman tanpa mempamerkan optik ketid...

HAMZAH MANGSA MUHYIDDIN YANG SETERUSNYA

Image
Darah pembelot sudah pekat dan pesat mengalir dalam tubuh Muhyiddin. Dahulu, Muhyiddin pemimpin UMNO paling lantang menggesa Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Kemudian, Muhyiddin melancarkan kudeta ke atas Najib. Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Najib, Muhyiddin akhirnya dipecat. Selepas menang PRU-14 bersama Mahathir, kini giliran Tun pula menjadi sasaran Muhyiddin. Kali ini, dia berjaya. Tun dan 4 lagi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dipecat Muhyiddin susulan Langkah Sheraton. Khianat dan Muhyiddin berpisah tiada. Tiada siapa yang dapat menghalang kerakusan Muhyiddin mendapatkan kuasa. Kekuasaan itu ibarat dadah yang benar-benar bikin Muhyiddin ketagihan. Dirinya tidak senang selagi kuasa yang ada padanya tidak terjamin. Lihat sahaja tindak-tanduk Muhyiddin semasa memanaskan kerusi empuk di Perdana Putra. Sesiapa yang menyokong dia sebagai Perdana Menteri akan terlepas dari kes mahkamah. Contohnya, Xavier Jayakumar. Kalau melawan, ha...