SANUSI AKAN JADI MENTERI BESAR KEDAH UNTUK SETAHUN SAJA
3 Ogos 2023
Sanusi mendabik dada mengatakan akan sapu bersih Kedah 36-0.
Bongkak dan angkuh.
Bongkaknya Sanusi dalam siri ceramah mahu halau pemimpin politik lain dari bumi Kedah. Katanya dia tak hadap pun kepada pemimpin di Putrajaya. Kedah boleh membangun sendiri dengan idea beliau yang hakikatnya gagal untuk beliau lakukan selama jadi Menteri Besar.
Hasil pentadbiran beliau di Kedah yang diketahui umum adalah mencuri nadir bumi.
Tidak mengapalah.
Kelak Sanusi akan tahu sikap sombong tak tentu arahnya akan menjahanamkan negeri Kedah dan dirinya sendiri.
Mungkin dah jadi rezeki calon DUN Jitra Prof Haim Hilman untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Kedah dari Sanusi tahun depan.
Terkejut?
Jangan terkejut.
Sanusi sedang berhadapan dengan banyak kes Mahkamah. Kes Akta Hasutan bakal sangkut. Tidak ada apa yang mengejutkan jika Sanusi didapati bersalah dalam kes Akta Hasutan.
Sanusi bakal didapati bersalah tahun depan, paling lewat mungkin pada awal tahun 2025. Maka dengan automatiknya beliau akan hilang kelayakan sebagai ADUN maka terlucutlah jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah. Kesian.
Inilah yang bakal berlaku kepada Sanusi.
Kau carutlah banyak mana pun.
Kau halaulah pemimpin Perpaduan dari bumi Kedah.
Kerajaan Perpaduan tidak rugi satu sen pun.
Kedah bukanlah negeri penyumbang kepada Kerajaan Persekutuan.
Sebaliknya, Kedah sebagai negeri termiskin yang mengharapkan bantuan Kerajaan Persekutuan.
Tetapi nak buat macam mana, mungkin pengundi Kedah nak merasa hidup seperti di Kelantan sehingga terpaksa merantau ke negeri Perpaduan untuk mencari peluang pekerjaan.
Janganlah ingat Perpaduan akan menangis kerana kehilangan Kedah.
Sanusi kena kenang nasib beliau untuk jadi Menteri Besar Kedah dan ADUN tak lebih dari 2 tahun.
Sebaiknya bakal ADUN Jitra Prof Haim Hilman boleh pasang badan untuk gantikan Sanusi tahun depan sebagai Menteri Besar Kedah. Mungkin ini yang terbaik untuk Kerajaan Negeri Kedah.
Jika Sanusi kekal jadi MB Kedah, rakyat Kedah bakal menderita kerana ekonomi negeri akan jahanam. Pelabur akan lari. Bantuan dari Kerajaan Persekutuan juga bakal terhenti kerana kebodohan Sanusi. Ini berbeza dengan pendekatan MB Terengganu Samsuri dengan Kerajaan Persekutuan.
Kalah dan menang adat perjuangan.
Jika rakyat Kedah mahu sangat Perikatan Nasional, tidak mengapa.
Yang pasti dan hakiki, jangka hayat Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah juga tak lama. Itu sudah pasti.
Paling lama 2 tahun.
Tak percaya?
Tunggu.
Sekian.

Comments
Post a Comment