Posts

Showing posts from September, 2023

BERAS CUKUP TAPI PN MASIH LAPAR?

Image
Naratif di media sosial oleh operator PN minggu ini adalah tentang bekalan beras. Walaun berbayar mula mencetus gusar dalam kalangan rakyat dengan tohmahan kononnya bekalan beras tidak mencukupi. Seperti kelaziman, dengar boleh, percaya jangan. Pandu ke 99 Speedmart, Giant atau mana-mana pasar raya berhampiran. Lihat sendiri dengan mata anda timbunan beras yang tersusun di sana. Kalau tidak mahu meninjau, penulisan ini akan menenangkan kegusaran anda. Iqra! Mulai 27 Julai lalu, pengeksport beras utama dunia, India telah menghentikan eksport beras putih bukan basmati bagi menampung keperluan domestik. Ini asas walaun untuk menimbulkan rasa takut tentang ketirisan bekalan beras. Walhal, Malaysia hanya mengimport beras basmati dari India. Beras putih masih didapatkan dari Thailand dan Vietnam. Jadi, jangan takut. Bekalan beras putih masih ada. Walaubagaimanapun, ketidakstabilan harga beras putih di Vietnam dan Thailand tetap perlu dipertimbangkan Kerajaan. Sekali lagi, usah khuatir. Keraj...

SELAMAT TINGGAL BULAN 8

Image
“Tukar Kerajaan bulan 8, soalan saya nombor 8.” “Bulan 8, bye bye!” Kedua-dua ini adalah kenyataan bulat-bulat dari Ahli Parlimen PN, Marzuk Shaary dan Shahidan Kassim di Dewan Rakyat. Ini bukan kenyataan yang disunting atau diolah. Ini diambil terus daripada hansard Parlimen. Semalam bulan 8 telah melabuhkan tirainya. Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih di Perdana Putra. Kerajaan Perpaduan kekal stabil dengan sokongan dua pertiga. Soalnya, bila Muhyiddin Yassin mahu mengangkat sumpah? Adakah jumloh yang doh cukup seperti yang dilafazkan Haji Hadi masih belum mencukupi? Hakikat yang kita perlu sedar, persepsi bahawa Kerajaan Perpaduan akan ditumbangkan pada bulan 8 hanyalah propaganda jahat yang mahu meyakinkan anda kononnya Kerajaan sedia ada tidak stabil. Ini satu bentuk sabotaj. Hal seumpama ini juga boleh menjejaskan keyakinan pelabur. Perkara ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri semasa program Temu Anwar di USIM pada bulan Jun lalu. Sedari awal, kempen berbayar di media sosial mula ...