BERAS CUKUP TAPI PN MASIH LAPAR?
Naratif di media sosial oleh operator PN minggu ini adalah tentang bekalan beras.
Walaun berbayar mula mencetus gusar dalam kalangan rakyat dengan tohmahan kononnya bekalan beras tidak mencukupi.
Seperti kelaziman, dengar boleh, percaya jangan.
Pandu ke 99 Speedmart, Giant atau mana-mana pasar raya berhampiran. Lihat sendiri dengan mata anda timbunan beras yang tersusun di sana.
Kalau tidak mahu meninjau, penulisan ini akan menenangkan kegusaran anda. Iqra!
Mulai 27 Julai lalu, pengeksport beras utama dunia, India telah menghentikan eksport beras putih bukan basmati bagi menampung keperluan domestik.
Ini asas walaun untuk menimbulkan rasa takut tentang ketirisan bekalan beras.
Walhal, Malaysia hanya mengimport beras basmati dari India. Beras putih masih didapatkan dari Thailand dan Vietnam.
Jadi, jangan takut. Bekalan beras putih masih ada.
Walaubagaimanapun, ketidakstabilan harga beras putih di Vietnam dan Thailand tetap perlu dipertimbangkan Kerajaan.
Sekali lagi, usah khuatir.
Kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada kedua-dua negara serantau tersebut.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memulakan projek rintis penanaman padi 5 kali 2 tahun bulan ini.
Pengeluaran padi yang rendah di Kedah, Perlis dan Kelantan adalah penyebab kepada keperluan Malaysia untuk mengimport beras dari luar.
Menerusi projek rintis yang akan menumpukan kepada kawasan KADA di Kelantan serta MADA di Kedah dan Perlis, Kerajaan akan memperbaiki infrastruktur seperti sistem pengairan, perparitan, teknologi membajak dan pembajaan bagi membolehkan penanaman padi dibuat 5 kali dalam tempoh 2 tahun.
Projek ini dimulakan dengan peruntukan RM3 bilion bagi membangunkan kawasan penanaman di MADA sebelum beralih ke kawasan KADA.
Ini adalah langkah jangka masa panjang terkait keterjaminan makanan.
Bagi langkah intervensi segera, Kerajaan telah meminta pengilang dan pemborong beras untuk meningkatkan 20 peratus bekalan beras putih tempatan (BPT).
Beras ada di pasaran. Ia mencukupi. Pengeluaran padi juga akan ditingkatkan.
Namun PN yang masih lapar kuasa sudah mula memainkan isu ini.
Sudah-sudahlah.
Nasihat saya buat PN, ikutlah resmi padi. Semakin berisi, semakin menunduk.
Malangnya, fikiran mereka tidak pernah dan tidak akan berisi.
Sekian.

Comments
Post a Comment