AKHIRNYA, DAP YANG PERTAHANKAN MODUL HADIS 40




Apabila Kementerian Pendidikan melancarkan program rintis Modul Hadis 40 Imam Nawawi, respon warganet bercampur-baur.


Ramai yang bersetuju, tidak kurang juga yang membantah.


Rata-rata yang membantah bimbang akan nasib anak-anak bukan Islam yang kononnya akan dipaksa untuk mengambil subjek tersebut.


Suara bantahan paling lantang sudah tentu datangnya dari Gerakan, sahabat PAS dalam Perikatan Nasional.


Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan modul ini. Dia cuba menakut-nakutkan masyarakat kaum Cina bahawa subjek ini akan turut diperluas kepada pelajar bukan Islam.


Kenyataan ini jelas salah dan bercanggah. Namun, mereka tidak hirau tentang kebenaran. Bibit-bibit ketakutan telah berjaya ditanam sedikit demi sedikit.


Pemimpin PAS pula berdiam diri terhadap kenyataan Tong Keong.


Mujur Timbalan Menteri Pendidikan daripada DAP tampil memberikan penjelasan.


Lim Hui Ying memaklumkan bahawa modul ini hanya akan diajar kepada pelajar yang beragama Islam oleh guru yang beragama Islam. Jangan risau tak bertempat.


Program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan membabitkan guru dan murid di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.


Beliau turut menghormati kesucian hadis dengan penerangan bahawa inisiatif KPM ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi yang baik dan cerdik seterusnya mengangkat Karamah Insaniah.


Modul ini bukan untuk mengajar anak-anak kita untuk membenci agama lain. 


Jadi, usah khuathir. Usah termakan hasutan Gerakan.


Baru-baru ini juga, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikritik kerana mengislamkan seorang saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang.


Yayasan Hak Asasi Manusia Global (GHRF) dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) menzahirkan rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri itu.


Sedangkan beliau hanya menjalankan peranan sebagai seorang Muslim. Jawatan sebagai Perdana Menteri tidak sama sekali menghentikan tanggungjawab beliau sebagai seseorang yang beragama Islam.


Dalam situasi ini, PAS juga memilih untuk berdiam. Mengapa tidak bersuara dan membela saudara seagama yang diserang?


Adakah perjuangan Islam yang dibawa PAS hanya eksklusif untuk ahlinya semata? Renung-renungkan.

Comments

Popular posts from this blog

APA NASIB RAKYAT NEGERI KEDAH JIKA PN MENANG DI KEDAH?

PERIKATAN NASIONAL BAKAL TUMBANG DISEBABKAN KEBODOHAN SANUSI

MUKHRIZ CALON PN UNTUK MENTERI BESAR KEDAH