Posts

Showing posts from July, 2023

BARANG ORDER RUU, BARANG SAMPAI REE

Image
Laungan RUU 355 sudah sekian lama dikumandangkan pemimpin PAS dan kultus mereka. RUU 355 merujuk kepada cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) yang diusulkan Hadi Awang di Persidangan Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 dengan alasan bagi meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah. 34 tahun lalu merupakan kali terakhir akta ini berjaya dipinda. 33 bulan PAS menghuni Putrajaya sebagai Kerajaan pula menyaksikan akta ini gagal dipinda. Kegagalan PAS melunaskan cadangan ini tidak sama sekali mengalang mereka untuk menjadikannya sebagai modal politik. Yang gagal itu PAS. Yang disalahkan pula DAP dan sekutu. Kata mereka, tindakan menentang pindaan RUU 355 adalah didasari islamofobia dan kebencian paling dalam terhadap institusi Islam. Walhal sewaktu menguasai Kerajaan, cadangan pindaan ini sekadar kekal di atas kertas dan di hujung bibir penyokong mereka. Sekurang-kurangnya, Kerajaan Perpaduan cuba untuk membawa perkara ini ke Kabinet untuk kep...

KEMPEN PN SELANGOR TERJEJAS TERUK DISEBABKAN SANUSI

Image
Jangan salahkan PDRM dan SPRM dengan apa yang berlaku kepada Sanusi. Sanusi sendiri yang cetuskan provokasi dan bangga kerana dirinya jadi perhatian semua pihak. Inilah perangai pak pandir politik. Disangka dirinya hebat, tetapi hanya jadi badut yang menghiburkan hadirin. Ucapan Sanusi memang menghina Institusi Diraja. Disusuli dengan menghina fizikal Menteri Besar Selangor. Sanusi sanggah pula kenyataan Ketua Polis Negara konon beliau dah berhubung dengan pihak polis. Jadi tiada keperluan pihak polis tangkap dia jam 3 pagi untuk ke Mahkamah. Sanusi marah pula dengan media dan SPRM, mengapa tangkap pelombong haram tak bagitahu dia dulu. Kau ingat negara ni bapak kau punya ke Sanusi? Agensi Kerajaan nak kena bertindak ikut kepala hotak kau. Belum pernah ada lagi ahli politik yang berperangai samseng seperti Sanusi.  Mungkin inilah produk walaun yang ingin diketengahkan oleh Perikatan Nasional. Walaun bebal yang celupar. Hilang terus adab dan akhlak parti Islam.  Sentimen di Sel...

PERIKATAN NASIONAL BAKAL TUMBANG DISEBABKAN KEBODOHAN SANUSI

Image
Sanusi cuba bermain api. Sanusi sangka dirinya kebal dari sebarang pendakwaan kerana merasakan dirinya dipuja dijulang di Kedah. Sanusi terlupa yang sejurus dia keluar dari sempadan Kedah, rakyat negeri lain cukup meluat dengan gelagat Sanusi. Sanusi si mulut longkang ini sudah menguji kesabaran banyak pihak. Lawak hambar gelak sendiri yang dibuat oleh Sanusi akhirnya bakal mengheret dirinya berhadapan dengan Akta Hasutan. Sanusi ingat dia siapa?   Dia tersilap langkah mahu berlaga dengan dua gergasi politik Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Zahid Hamidi yang telah melalui pahit maung politik untuk sampai ke tahap mereka berada sekarang. Sanusi berani mungkin kerana ada Mahathir dan Daim di belakang.  Bermula dengan pemilikan Pulau Pinang hinggalah kepada penghinaan kepada institusi Diraja. Bermacam-macam Sanusi si mulut longkang ini kata. Alasannya tidak mengapa sebab dia orang kampung. Jadi bahasanya kasar. Kepala bapak kau. Orang kampung ada adab dan santun. Tidak ...

HARGA SATU UNDI UNTUK PAS

Image
Peringatan mesra buat para pengundi. Satu undi untuk PAS, satu undi untuk bekalan air bersih yang terus terganggu. Satu undi untuk PAS, satu undi untuk hutan simpan yang terus diizinkan untuk diperkosa. Satu undi untuk PAS, satu undi undi meletakkan banjir sebagai acara tahunan. Penyakit seperti masalah air, pembalakan dan bah banjir yang selama ini begitu sinonim dengan Kelantan dan Terengganu kini sudah mula berjangkit kepada Kedah. Puncanya, PAS. Semua negeri yang ditadbir PAS alami isu-isu tersebut. Kebetulan? Tidak sama sekali. Kenapa masalah air berlaku? Kelemahan pengurusan syarikat bekalan air negeri. DNA PAS ialah melantik saudara mara mereka yang tidak berkelayakan untuk mengisi jawatan dalam agensi negeri. Sesudah itu, wang AKSB, SATU dan SADA diboroskan dengan jentera mewah dan bonus berbulan-bulan. Kenapa masalah pembalakan berlaku? Kerajaan PAS kontang idea untuk memenuhkan kantung negeri masing-masing. Tiada pelan pembangunan, tiada perancangan jangka masa panjang. Jalan...

PERIKATAN NASIONAL BAKAL TUMBANG DI KEDAH

Image
Prihatin, bersih & stabil adalah slogan yang dikumandangkan PN semasa PRU yang lalu. Yang pasti, slogan ini sudah tidak lagi relevan dalam PRN akan dagang. Apa yang prihatin tentang Jana Wibawa yang sepatutnya membuka ruang buat kontraktor Bumiputera mencari makan, namun periuk mereka ditabur pasir oleh PN dan taikun Cina? Apa yang bersih tentang kes rasuah dan salah guna kuasa Muhyiddin Yassin, Wan Saiful dan Adam Radlan? Apa pula yang stabil apabila saban minggu parti komponen PN bertikam lidah dan bertegang urat? Tiada individu yang lebih tepat menggambarkan PN berbanding Sanusi Md Nor. Fitnah, biadap, tidak kompeten dan tiada track record. Kesemua ciri-ciri ini ada pada PN dan Sanusi. Atas sebab itu, Sanusi bakal ditumbangkan di Kedah kelak. Orang Kedah sudah meluat dengan Sanusi. Masalah bekalan air bersih yang selama ini melanda Kelantan dan Terengganu kini sudah berjangkit kepada Kedah. Sanusi pula dilihat langsung tidak punya solusi. Kalaupun Sanusi muncul di dada akhbar, p...

MUKHRIZ CALON PN UNTUK MENTERI BESAR KEDAH

Image
Perikatan Nasional ingin mengekalkan kuasa di Kedah. Itu cita-cita besar mereka menjelang PRN nanti. Bagi PN, Kelantan dan Terengganu sudah di dalam genggaman. Kedah pula ‘crown jewel’ yang benar-benar tidak mahu ditanggalkan dari kepala mereka pasca PRN. Ini misi sukar. Gabungan PH-BN dikhuatiri mampu menggugat hasrat PN untuk terus bersemayam di Kedah. Semasa PRU-14 yang lalu, PKR, Amanah, DAP dan UMNO berjaya memenangi 16 kerusi DUN di Kedah. Hanya tambahan 3 kerusi diperlukan bagi membentuk Kerajaan. Malah sebenarnya, PH berjaya menawan Kedah pada tahun 2018 dengan majoriti mudah sebelum mereka dikhianati Bersatu. PN sedar bahawa Kedah bukanlah negeri selamat. Mereka perlu melakukan sesuatu. Sesuatu itu perlulah drastik dan radikal. Sesuatu itu adalah dengan menyingkirkan Sanusi dan menggantikannya dengan Mukhriz. Sanusi tidak mempunyai rekod yang cemerlang sebagai Menteri Besar Kedah. Ya, saban hari dirinya memenuhi muka akhbar. Namun, semuanya kerana publisiti murahan Sanusi....