APA NASIB RAKYAT NEGERI KEDAH JIKA PN MENANG DI KEDAH?
Menang sorak, ekonomi negeri bakal tergadai. Mungkin itulah nasib yang bakal menimpa rakyat negeri Kedah jika PN yang didominasi PAS menang di Kedah.
Dengan gaya kepimpinan Sanusi yang mahu ajak bergaduh dengan semua pemimpin di Putrajaya, maka banyak projek pembangunan Kerajaan Pusat akan sukar dilaksanakan di Kedah.
Bukan kerana Kerajaan Perpaduan di Putrajaya mahu anak tirikan negeri Kedah. Tidak. Tetapi bagaimana Kerajaan Persekutuan nak berurusan dengan seorang Menteri Besar yang tidak ada ilmu untuk mengurus pentadbiran negeri Kedah. Bagi yang fasih hal pentadbiran Kerajaan, kita akan tahu ilmu pentadbiran Sanusi ini bertaraf Ahli Majlis PBT sahaja. Jauh sekali untuk jadi seorang Menteri Besar.
Dia jadi Menteri Besar kerana lawak bodohnya yang menghiburkan. Lawak bodohnya juga akan menyedarkan rakyat Kedah lagi 5 tahuna bahawa jangan sesekali memberi kuasa kepada orang yang bukan ahlinya.
Bukan PAS tidak pernah tumbang di Kedah. Dahulu PAS pernah memerintah Kedah satu penggal. Apa yang berlaku?
Ekonomi negeri dan pendapatan isi rumah rakyat di negeri Kedah bakal merudum.
Jika kita lihat sikap Sanusi kepada Putrajaya, cukup satu tahun saja kita akan lihat ekonomi di Kedah bakal merudum teruk.
Peruntukan pembangunan di Kedah juga bakal berkurangan. Bagaimana Menteri Persekutuan nak berurusan dengan Menteri Besar tak cukup akal ini?
Ditambah dengan kutipan hasil di Kedah yang kecil, bagaimana nak menampung kos baikpulih paip untuk memberikan air bersih kepada rakyat negeri Kedah?
Mungkin walaun dan pentaksub Sanusi boleh bersorak kemenangan PRN 12hb Ogos ini. Tetapi derita 5 tahun bakal ditanggung oleh seluruh rakyat negeri Kedah.
Kerajaan Negeri Kedah bakal berhadapan dengan masalah yang tidak berkesudahan untuk 5 tahun akan datang berpunca dari kebodohan Sanusi.
Ditambah lagi dengan betapa banyak kes Mahkamah yang sedang dihadapi Sanusi. Sudah pasti jangka hayatnya sebagai Menteri Besar pun mungkin setahun dua saja.
Jangan ambil risiko.
Sekian.

Comments
Post a Comment