MUKHRIZ CALON PN UNTUK MENTERI BESAR KEDAH



Perikatan Nasional ingin mengekalkan kuasa di Kedah. Itu cita-cita besar mereka menjelang PRN nanti.


Bagi PN, Kelantan dan Terengganu sudah di dalam genggaman.


Kedah pula ‘crown jewel’ yang benar-benar tidak mahu ditanggalkan dari kepala mereka pasca PRN.


Ini misi sukar. Gabungan PH-BN dikhuatiri mampu menggugat hasrat PN untuk terus bersemayam di Kedah.


Semasa PRU-14 yang lalu, PKR, Amanah, DAP dan UMNO berjaya memenangi 16 kerusi DUN di Kedah.


Hanya tambahan 3 kerusi diperlukan bagi membentuk Kerajaan.


Malah sebenarnya, PH berjaya menawan Kedah pada tahun 2018 dengan majoriti mudah sebelum mereka dikhianati Bersatu.


PN sedar bahawa Kedah bukanlah negeri selamat. Mereka perlu melakukan sesuatu.


Sesuatu itu perlulah drastik dan radikal.


Sesuatu itu adalah dengan menyingkirkan Sanusi dan menggantikannya dengan Mukhriz.


Sanusi tidak mempunyai rekod yang cemerlang sebagai Menteri Besar Kedah.


Ya, saban hari dirinya memenuhi muka akhbar. Namun, semuanya kerana publisiti murahan Sanusi. 


Bukan berita soal dasar Kerajaan Negeri. Bukan berita tentang pelaburan yang dibawa masuk.


Mukhriz pula sebaliknya. Beliau mempunyai visi untuk membangunkan Kedah. Beliau tidak mencari dan dicari kontroversi.


Di bawah pentadbiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah sebelum ini, banyak inisiatif yang berjaya dikendalikan - Yayasan Pendidikan Islam Darul Aman, Tabung Islah Maahad Negeri Kedah, Skim Takaful Murabbi Darul Aman dan banyak lagi.


Memang benar, ini kejayaan bersama di bawah Kerajaan PH. Namun, Mukhriz yang berada di barisan paling hadapan.


Malah, cadangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) yang cukup dibanggakan Sanusi juga dimulakan oleh Mukhriz.


Kejayaan Mukhriz mendapatkan penajaan daripada Syed Mokhtar untuk membiayai pembinaan KXP digagalkan oleh Sanusi yang terlupa untuk menghantar permohonan projek kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan.


Malah, Syed Mokhtar juga kini sudah tidak berminat untuk melabur di dalam projek tersebut.


Orang Kedah sedar peri pentingnya projek ini untuk memacu ekonomi negeri.


Peluang pekerjaan, potensi pelaburan serta mercu tanda baharu seperti KXP akan membuka lembaran baharu buat Kedah.


Sekiranya Mukhriz menggantikan Sanusi, besar kemungkinan projek ini akan kembali menjadi realiti.


Tambahan pula, Syed Mokhtar merupakan kenalan baik buat keluarga Tun Mahathir.


Sanusi merupakan seorang penglipur lara, penghibur dan penarik undi. Mukhriz pula seorang pentadbir. 


Ada kelemahannya sudah tentu, namun sekurang-kurangnya dia mahu dan tahu mentadbir.


Kini, PN dan Kedah amat memerlukan seorang Menteri Besar yang tahu mentadbir. Individu tersebut ialah Mukhriz Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

APA NASIB RAKYAT NEGERI KEDAH JIKA PN MENANG DI KEDAH?

PERIKATAN NASIONAL BAKAL TUMBANG DISEBABKAN KEBODOHAN SANUSI