KEMPEN PN SELANGOR TERJEJAS TERUK DISEBABKAN SANUSI




Jangan salahkan PDRM dan SPRM dengan apa yang berlaku kepada Sanusi.


Sanusi sendiri yang cetuskan provokasi dan bangga kerana dirinya jadi perhatian semua pihak.


Inilah perangai pak pandir politik. Disangka dirinya hebat, tetapi hanya jadi badut yang menghiburkan hadirin.


Ucapan Sanusi memang menghina Institusi Diraja.


Disusuli dengan menghina fizikal Menteri Besar Selangor.


Sanusi sanggah pula kenyataan Ketua Polis Negara konon beliau dah berhubung dengan pihak polis. Jadi tiada keperluan pihak polis tangkap dia jam 3 pagi untuk ke Mahkamah.


Sanusi marah pula dengan media dan SPRM, mengapa tangkap pelombong haram tak bagitahu dia dulu.


Kau ingat negara ni bapak kau punya ke Sanusi?


Agensi Kerajaan nak kena bertindak ikut kepala hotak kau.


Belum pernah ada lagi ahli politik yang berperangai samseng seperti Sanusi. 


Mungkin inilah produk walaun yang ingin diketengahkan oleh Perikatan Nasional.


Walaun bebal yang celupar. Hilang terus adab dan akhlak parti Islam. 


Sentimen di Selangor jauh berbeza. Kalaupun yang menyokong Sanusi di Kedah hanyalah walaun-walaun sahaja. Pengundi atas pagar belum tentu minat dengan keceluparan Sanusi.


Rakyat negeri Selangor tidak boleh terima bila ada orang luar datang ke negeri Selangor dan membuat tohmahan yang bukan-bukan.


Azmin Ali dan Yunus Hairi Pesuruhjaya PAS Selangor mula menjarakkan diri mereka dari kebodohan Sanusi.


Mereka tahu Sanusi menyukarkan sokongan rakyat Selangor kepada PN.


Jangka hayat pandir politik ini tidak lama. Dengan pelanggaran pelbagai Akta dan Undang-undang negara, mungkin Sanusi akan direhatkan oleh Perikatan Nasional. 


Akhirnya, strategi politik Mahathir berjaya. Dibakarnya Sanusi supaya membuat tindak tanduk politik gila. Apabila Sanusi sangkut dengan kes Mahkamah, calon kompromi untuk jadi Menteri Besar Kedah adalah Mukhriz Mahathir.


Yang bodoh tu Sanusi.


Yang licik itu Mahathir.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

APA NASIB RAKYAT NEGERI KEDAH JIKA PN MENANG DI KEDAH?

PERIKATAN NASIONAL BAKAL TUMBANG DISEBABKAN KEBODOHAN SANUSI

MUKHRIZ CALON PN UNTUK MENTERI BESAR KEDAH