HARGA SATU UNDI UNTUK PAS



Peringatan mesra buat para pengundi.


Satu undi untuk PAS, satu undi untuk bekalan air bersih yang terus terganggu.


Satu undi untuk PAS, satu undi untuk hutan simpan yang terus diizinkan untuk diperkosa.


Satu undi untuk PAS, satu undi undi meletakkan banjir sebagai acara tahunan.


Penyakit seperti masalah air, pembalakan dan bah banjir yang selama ini begitu sinonim dengan Kelantan dan Terengganu kini sudah mula berjangkit kepada Kedah.


Puncanya, PAS.


Semua negeri yang ditadbir PAS alami isu-isu tersebut.


Kebetulan? Tidak sama sekali.


Kenapa masalah air berlaku? Kelemahan pengurusan syarikat bekalan air negeri.


DNA PAS ialah melantik saudara mara mereka yang tidak berkelayakan untuk mengisi jawatan dalam agensi negeri. Sesudah itu, wang AKSB, SATU dan SADA diboroskan dengan jentera mewah dan bonus berbulan-bulan.


Kenapa masalah pembalakan berlaku?


Kerajaan PAS kontang idea untuk memenuhkan kantung negeri masing-masing. Tiada pelan pembangunan, tiada perancangan jangka masa panjang. Jalan mudahnya, teroka hasil hutan sampai hutan hijau bertukar tanah merah.


Kenapa masalah banjir berlaku? Pembalakan.


Tiada lagi kawasan tadahan air semula jadi kerana hutan sudahpun digondol seolah tiada hari esok.


Ini semua DNA PAS. Satu undi untuk PAS adalah satu undi untuk masalah-masalah ini.


Sekiranya anda mahu melihat bayangan Selangor Baharu yang dilaungkan PN, lihat sahaja Kelantan, Terengganu dan Kedah.


Minta dijauhkan.

Comments

Popular posts from this blog

APA NASIB RAKYAT NEGERI KEDAH JIKA PN MENANG DI KEDAH?

PERIKATAN NASIONAL BAKAL TUMBANG DISEBABKAN KEBODOHAN SANUSI

MUKHRIZ CALON PN UNTUK MENTERI BESAR KEDAH