MUDA ATAU KUDA?




Ada persamaan di antara parti MUDA dan seekor kuda.


Kedua-duanya adalah tunggangan. Kedua-duanya juga bisa dijinakkan.


Bagi MUDA, yang menunggang dan menjinakkan mereka adalah Tun Mahathir.


Bagi kuda pula, sesiapa sahaja boleh menunggang dan menjinakkan mereka. Itu bezanya.


Ramai yang percaya bahawa MUDA adalah kuda trojan yang dihantar Tun untuk menyelinap ke dalam Pakatan Harapan.


Sama ada dakwaan itu benar atau tidak, tiada siapa yang punya jawapan kecuali Tuan Presiden MUDA sendiri.


Namun tindak-tanduk MUDA kebelakangan ini seolah mengiyakan khabar tersebut.


Sebaik Anwar Ibrahim membentuk Kerajaan Perpaduan, MUDA semakin menunjukkan belang sebenar.


Saban minggu, ada sahaja keputusan Kerajaan yang dipersoal MUDA. Mereka seolah dalam misi untuk menjejaskan kestabilan kerajaan.


Bermula dengan isu undangan ke Sekretriat Kerajaan Perpaduan dan diikuti dengan permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan.


Sedangkan, isu ini boleh sahaja dibincang secara dalaman tanpa mempamerkan optik ketidakstabilan dalam gabungan parti yang membentuk Kerajaan.


Anwar Ibrahim sendiri sudah menjelaskan mesyuarat itu hanya dihadiri oleh parti-parti utama Kerajaan Perpaduan. MUDA dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak menerima undangan. Bezanya, PBM tidak bikin kecoh.


Terbaharu adalah soal isu perbahasan LCS di Dewan Rakyat.


MUDA buat-buat tidak tahu bahawa PAC masih menyiapkan laporan penuh berhubung isu LCS. Selagi belum tersusun segala fakta, apa yang mahu diperbahaskan?


Namun mereka tidak terhenti di situ. Speaker dewan diserang. Presiden Amanah diserang. Angkatan Muda Keadlian diserang.


Dengan perangai sebegini, MUDA masih tertanya mengapa permohonan mereka untuk bersama Pakatan Harapan belum berjawab.


PH memerlukan ‘team player’. MUDA sudah tentu jauh sekali daripada rakan sepasukan. Mereka bertindak seolah-olah lawan.


Apapun sekiranya anda perlu memilih antara MUDA atau kuda, pilihlah kuda. Sekurang-kurangnya kuda tahu peranan dan tugasnya.

Comments

Popular posts from this blog

APA NASIB RAKYAT NEGERI KEDAH JIKA PN MENANG DI KEDAH?

PERIKATAN NASIONAL BAKAL TUMBANG DISEBABKAN KEBODOHAN SANUSI

MUKHRIZ CALON PN UNTUK MENTERI BESAR KEDAH