HAMZAH MANGSA MUHYIDDIN YANG SETERUSNYA



Darah pembelot sudah pekat dan pesat mengalir dalam tubuh Muhyiddin.


Dahulu, Muhyiddin pemimpin UMNO paling lantang menggesa Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.


Kemudian, Muhyiddin melancarkan kudeta ke atas Najib. Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Najib, Muhyiddin akhirnya dipecat.


Selepas menang PRU-14 bersama Mahathir, kini giliran Tun pula menjadi sasaran Muhyiddin.


Kali ini, dia berjaya. Tun dan 4 lagi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dipecat Muhyiddin susulan Langkah Sheraton.


Khianat dan Muhyiddin berpisah tiada. Tiada siapa yang dapat menghalang kerakusan Muhyiddin mendapatkan kuasa.


Kekuasaan itu ibarat dadah yang benar-benar bikin Muhyiddin ketagihan. Dirinya tidak senang selagi kuasa yang ada padanya tidak terjamin.


Lihat sahaja tindak-tanduk Muhyiddin semasa memanaskan kerusi empuk di Perdana Putra.


Sesiapa yang menyokong dia sebagai Perdana Menteri akan terlepas dari kes mahkamah. Contohnya, Xavier Jayakumar.


Kalau melawan, hadaplah kamu dengan bermacam-macam pertuduhan. Contohnya, Syed Saddiq.


Kali ini, Muhyiddin mula merasakan Hamzah sebagai pencabar kekuasannya.


Hamzah disyaki sedang mengumpulkan kekuatan bagi menumbangkan Muhyiddin di dalam Perikatan Nasional.


Hamzah dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Muhyiddin yang mendahulukan Azmin Ali sebagai poster boy PN di Selangor.


Hamzah sebagai ahli parti yang lebih senior sudah tentu tidak senang dengan keputusan tersebut.


Sudah tentu, gerakan Hamzah dapat dihidu Muhyiddin. Maklumlah, hanya pengkhianat yang kenal pengkhianat.


Muhyiddin dipercayai sudah mempertimbang untuk membunuh karier politik Hamzah.


Calon pengganti Hamzah sebagai Ketua Pembangkang juga sudah tersedia. Khabarnya, jawatan Hamzah akan diambil alih Shahidan Kassim atau Khlir Mohd Nor.


Jangan terkejut sekiranya ada ‘berita tergempar’ berkenaan Hamzah dalam tempoh beberapa minggu akan datang.


Silap Hamzah cuma satu. Dia cuba mengkhianati individu yang benar-benar faham selok belok pengkhianat. 


Hamzah cuma satu lagi buah catur di atas papan politik Bapa Pengkhianat Negara.

Comments

Popular posts from this blog

APA NASIB RAKYAT NEGERI KEDAH JIKA PN MENANG DI KEDAH?

PERIKATAN NASIONAL BAKAL TUMBANG DISEBABKAN KEBODOHAN SANUSI

MUKHRIZ CALON PN UNTUK MENTERI BESAR KEDAH