CEDERA SEBELUM PERANG



Semboyan sudah berbunyi. Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sudah mengumumkan tarikh pembubaran DUN. Terengganu dijangka bakal turut serta dalam senarai tersebut dalam masa terdekat.


PRN 2023 adalah perang besar selepas PRU-15. Pilihan raya yang lalu menyaksikan persaingan sengit antara PH dan PN. Tiada parti yang mampu membentuk majoriti mudah.


Hal ini menjadikan PRN 2023 maha penting. Bagi PH dan BN, mereka mahu membuktikan bahawa rakyat menerima jenama ‘Kerajaan Perpaduan’. Bagi PN, mereka masih mahu membadai Malaysia dengan gelombang hijau.


Namun lewat ini, PN semakin hanyut dibawa krisis dalaman parti. Saban hari, ada sahaja khabar tentang rasa tidak puas hati antara satu sama lain.


Dalam Bersatu sendiri, Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin dikatakan bertegang urat.


Hamzah sedang mengumpul kekuatan bersama beberapa pemimpin kanan parti seperti Saifuddin Abdullah untuk melawan Muhyiddin yang dikatakan terlalu mengutamakan Azmin Ali.


Muhyiddin pula dipercayai sudah bersedia melucutkan Hamzah daripada jawatan Ketua Pembangkang. Penggantinya sudah tersedia, sama ada Shahidan Kassim atau Khlir Mohd Nor.


Tindakan Muhyiddin yang cuba menggantikan Hamzah dengan pemimpin PAS sebagai Ketua Pembangkang dikatakan berlaku berikutan kenyataan Hamzah yang secara terbuka mengkritik Sanusi Md Nor.


Sebelum ini, Hamzah membidas Sanusi kerana mengeluarkan kenyataan yang ‘mencetuskan rasa tidak senang’ dalam isu Pulau Pinang dan Kedah.


Konflik dalaman ini bukan sahaja berlaku di antara PAS dan Bersatu. Gerakan juga semakin berani dan lantang melawan tindakan parti induk.


Sebelum ini, Gerakan menyatakan rasa tidak puas hati berikutan tindakan beberapa pemimpin Bersatu dan PAS menandatangani Proklamasi Orang Melayu bersam Tun M.


Pemimpin Gerakan juga mengkritik tindakan ahli Parlimen Kuantan dari PAS yang mengeluarkan kenyataan jumud tentang pakaian jururawat.


Kritikan ini dibuat secara terbuka sekaligus menguatkan spekulasi perpecahan dalam Perikatan Nasional.


Perang saudara di dalam PN hanya akan mencederakan parti menjelang perang besar dalam PRN 2023. Sekiranya kestabilan parti sendiri tidak mampu dijaga, bagaimana pula mahu menjamin kestabilan negara?


Renung-renungkan.

Comments

Popular posts from this blog

APA NASIB RAKYAT NEGERI KEDAH JIKA PN MENANG DI KEDAH?

PERIKATAN NASIONAL BAKAL TUMBANG DISEBABKAN KEBODOHAN SANUSI

MUKHRIZ CALON PN UNTUK MENTERI BESAR KEDAH